entahlah...
kadang2 aku segan
untuk bersendirian
kerana aku akan berangan
dengan pelbagai kemungkinan
aku malu untuk meluah
rasa yang melimpah
sarat dengan lelah
menahan rindu resah
... ...
aku rindu mereka ya Tuhan
sangat rindu
sarat sehingga melarat
kdg2 rasa seperti tak tahu nak ungkap
rindu yang tidak terlerai ini
mudahkan aku
untuk leraikan mimpi ini
semoga sakit ini diubati
sakit rindu tiada penghujung ini
sampai selalu marah sendiri
kerana tidak dapat mengawal hati
memegang rindu kesuma dewi
aku terlalu rindu
apa daya ku
hanya menung memandang lampu
mengharapkan hari ini berlalu
berlalu sepi membawa rindu
agar hati tidakk membeku
membelenggi rasa rindu
sungguhhhh...syahdu ..
oh Tuhan..ku cinta dia..
ku sayang dia
rindu dia ..
bila nafsu amarah mengawal diri
mula sudah berfikir negatif itu ini
rasa insecure sendiri
tidak bagus berburuk hati
tapi aku manusia
yang kadang2 terleka
terbawa hasutan syaitan durjana
meracub fikiran semasa
untuk merosakkan iman sedepa
rindu
rindu
rindu
rindu
No comments:
Post a Comment