Kalau memang dah ada
bakat seni tu kita memang tak dapat dinafikan. Lihat kat bawah tu
hasil-hasil seni lukisan 3D yang dihasilkan. Memang nampak real bukan?
Untuk tatapan bersama. Layan jer........
this page just a trial from me as a new learner..any suggestion or improvement are needed...tq
Thursday, 12 April 2012
Wednesday, 11 April 2012
Sejarah dan Latar Belakang Sukan Memanah
Apabila anda mula memegang panah dan melepaskan anak panah yang pertama sebenarnya anda telah melakukan satu acara yang telah pun bermula sejak 20,000 tahun yang lalu.
Para pengkaji sejarah mula dapat mengesan aktiviti memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat di gua-gua lama di Sepanyol. Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum masehi.
Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahan-bahan makanan.
Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masehi yang lalu panah digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran alat pada zaman itu hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala anak panah diperbuat daripada batu dan tembaga.
Orang-orang Tartar telah mencipta alat memanah yang diperbuat daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika dibandingkan pada zaman Mesir kuno. Orang-orang Tartar juga dikenali sebagai pahlawan yang terulung pada zaman itu.
https://jspivey.wikispaces.com/Jennifer+and+Lynn |
Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman kerajaan Rom dan kerajaan Mongolia di sekitar abad ke-11. Penggunaan panah sebagai senjata mula berkurangan pada abad ke-16 dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.
Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di sekitar abad ke-16 apabila Rja Hendry VIII mengarahkan Sir Christopher Morris menubuhkan kelab memanah dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire untuk lelaki dan pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.
http://michellemoran.blogspot.com/2008_04_13_archive.html |
Di benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828 yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia.
Memanah mula dimasukkan dalam acara sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan sehingga The Federation International de tir a l'arc (FITA) menggubal undang-undang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali dalam acara Sukan Olimpik pada tahun 1972 di Munich.
FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah.
Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan di peringkat MSSM. Dengan adanya kejohanan memanah seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.
(Dipetik daripada Panduan Pelaksanaan Kokurikulum:Kelab Memanah, JPN Perak)
Kata-kata Tokoh Islam
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban.
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Umar bin al-Khattab Radiallahuanhu:
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil.
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Uthman bin Affan Radiallahuanhu :
Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya.
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci.
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Ali bin Abu Thalib Radiallahuanhu:
Khalifah Keempat, Singa ALLAH Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh ALLAH.
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara,maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya,bererti dia tidak wara',sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Umar Bin Abdul Aziz :
Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah; Khalifah Yang Agung.
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
4. Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya.Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat.Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.
5. Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat menggoda.Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari.Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya.
6. Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia,padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan ALLAH Subhana wa Ta'ala dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.
7. Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka,kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira?Saya berlindung kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala daripada perbuatanyang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri.Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku.Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin.
8. Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat.Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur,jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak.Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka?Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.
9. Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya:
"Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang".
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Suffian Bin Unaiyah:
1. Dua perkara yang paling susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlas amal untuk ALLAH.
2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.
3. Zuhud didunia ialah sabar dan menunggu - nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi munafaat padamu maka dia akan memberi mudharat padamu.
5. Tidak dianggap orang yang menuntut ilmu sebagai orang yang berakal
hingga ia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Amru Bin Ash Radiallahuanhu :
Lelaki adalah terdiri dari tiga kategori:
- Lelaki yang sempurna
- Lelaki yang bersifat separuh lelaki
- Lelaki yang tidak bersifat lelaki
Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat.
Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,dia tidak meminta pandangan daripada sesiapapun sebaliknya dia berkata:"Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian",menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan kadangkala dia membuat keputusan yang salah.
Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pula ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap.
Kemudian Amru berkata: "Demi ALLAH! Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam As Syafie:
1. Barangsiapa mengkehendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama' melainkan kefakiran dan memadai apa yang ada dan redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab sesudah menjadi ketua,tiada jalan lagi buat kamu mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat mazmumah (keji).
5. Barangsiapa menyukai ALLAH menutupi baginya dengan kebaikan maka ia hendaklah bersangka baik dengan manusia.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam Malik:
1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang ALLAH letakkan di dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahwa dia memiliki kebesaran,ketenangan dan ketakutan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam Abu Hanifah:
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia.Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku.Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya.Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku.Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam Ahmad:
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di atas ilmunya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Hasan Al Banna:
Saudaraku...
Janganlah engkau putus asa,kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin,dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka.Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari ‘Aisyah Binti Abu Bakar Radiallahuanhuma:
Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang.
Kisah Facebook Yang Ramai Tak Tahu
Perubahan facebook dari dulu sampai la ni.from 2004 to 2011. Mark Zuckerberg ni memang betul2 pandai la sbb beliau pikir nak ubah imej facebook tiap2 tahun.
Yelah,kalau same je kan nnt orang naik muak n bosan. cuma masa strting die ubah tu,ada la sebilangan manusia tak berapa suka sbb tak biasa lagi kan. Tp dah lama-lama jadi biasa dah..
Yelah,kalau same je kan nnt orang naik muak n bosan. cuma masa strting die ubah tu,ada la sebilangan manusia tak berapa suka sbb tak biasa lagi kan. Tp dah lama-lama jadi biasa dah..
firstly,sebelum nak proceed ke pic seterusnya..
login ke akaun facebook masing-masing dulu:)
login ke akaun facebook masing-masing dulu:)
jom tengok rupa facebook 1st time dperkenalkan kat Harvard
2004 |
berevolusi..
2005 |
mark zuckerberg posing tepi pantai
2006 |
2007 |
2008 |
KAMPUNG YANG TIADA JALAN RAYA
Kampung
ini bernama Giethoorn di Belanda. Terdapat lebih kurang 50 jambatan kayu kecil
ada di kampung itu. Ia di dirikan sekitar 1230 oleh pelarian yang berasal dari
daerah mediterranian yang menetap di sana.
Ia adalah tempat yang sangat indah untuk dikunjungi
kerana kampung ini sangat unik kerana tidak ada sistem jalan raya di
sini. Semua pengangkutan menggunakan sistem perairan sungai.
Sampan-sampan hanya dikayuh perlahan manakala sampan
dan bot yang menggunakan enjin diwajibkan berbunyi perlahan supaya tidak
mengganggu kedamaian dan ketenangan di desa yang indah ini.
Tiada pencemaran asap, tiada pencemaran bunyi, tiada
speed trap dan tiada aksi berani mat rempit.
AIR TERJUN BAWAH TANAH
Ruby Falls adalah sebuah air terjun setinggi 145 kaki di bawah tanah
yang terletak di dalam Lookout Mountain, berhampiran Rock City dan
Chattanooga, Tennessee di Amerika Syarikat. Lampu elektrik dipasang di
dalam gua, menjadikannya salah satu daripada gua-gua komersil pertama
yang begitu lengkap dengan kemudahan. Ruby Falls dimiliki oleh keluarga Steiner dari Chattanooga, Tennessee.
Sungai Dalam Laut
Sungai di Dalam Laut -
Sebuah fenomena alam yang mungkin tidak masuk akal benar-benar ada di
Mexico, iaitu Sungai yang ada di dalam laut. Lebih uniknya lagi
di kedalaman laut 30 meter ditemukan air tawar yang berada di tengah
kolam air laut. Namun pada kedalaman 60 meter ditemukan kembali air laut
yang terasa masin.
Di lokasi Sungai di dalam laut itu juga terdapat sebuah gua. Pada bahagian gua tersebut Anatoly Beloshchin seorang penyelam yang juga berhasil mengambil gambar disekitar gua menemukan sungai yang lengkap dengan daun yang terapung di kolam air dibawah laut itu.
Sungai di dalam laut ini memang nampak berbeza dengan sungai pada umumnya di darat, namun suasananya mirip sekali dengan sungai yang lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna coklat.
Adapun warna coklat yang terlihat dalam air tersebut merupakan lapisan dari bawah gas hidrogen sulfida. Gas ini biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.
Pasukan penyelam yang bersama Anatoly Beloshchin menemukan fenomena alam yang unik ini yang sungguh menakjubkan untuk dipandang.
"Di kedalaman 60 meter saya menemukan kembali air laut. Saya melihat sebuah sungai, pulau, lengkap dengan daun yang berguguran. Tapi sungai yang kami lihat adalah lapisan dari gas hidrogen sulfida," kata Anatoly.
Gambar sungai dalam laut yang terdapat di Mexico
Di lokasi Sungai di dalam laut itu juga terdapat sebuah gua. Pada bahagian gua tersebut Anatoly Beloshchin seorang penyelam yang juga berhasil mengambil gambar disekitar gua menemukan sungai yang lengkap dengan daun yang terapung di kolam air dibawah laut itu.
Sungai di dalam laut ini memang nampak berbeza dengan sungai pada umumnya di darat, namun suasananya mirip sekali dengan sungai yang lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna coklat.
Adapun warna coklat yang terlihat dalam air tersebut merupakan lapisan dari bawah gas hidrogen sulfida. Gas ini biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.
Pasukan penyelam yang bersama Anatoly Beloshchin menemukan fenomena alam yang unik ini yang sungguh menakjubkan untuk dipandang.
"Di kedalaman 60 meter saya menemukan kembali air laut. Saya melihat sebuah sungai, pulau, lengkap dengan daun yang berguguran. Tapi sungai yang kami lihat adalah lapisan dari gas hidrogen sulfida," kata Anatoly.
Gambar sungai dalam laut yang terdapat di Mexico
Tuesday, 10 April 2012
Sejarah
SEJARAH BOLA JARING
Bola Jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan
yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory
Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah
dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat,
Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain
bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.
Bola jaring merupakan satu – satunya
jenis sukan di dunia yang khusus dimainkan oleh wanita. Jenis sukan ini mula diperkenalkan
pada tahun 1891 di Amerika Syarikat. Sejak itu ia semakin digemari dan hari ini
ia dimainkan oleh semua golongan wanita dari berbagai – bagai peringkat usia.
Pada mulanya, sukan ini digabungkan
dengan bola keranjang, yang juga menggunakan ‘keranjang’ sebagai
gol. Ramai pula menganggap sukan bola jaring ini sebagai cabang bola
keranjang. Yang bertanggungjawab yang memperkenalkan sukan bola jaring ialah
Dr. James Naismith. Sukan ini diperkenalkan di Kolej Sringfield, Massachusetts
pada tahun 1891. Sukan ini kemudian diperkenalkan sebagai acara sukan luar
dewan. Bakul digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis
sukan yang baru yang kita sebut hari ini sebagai bola jaring.
Salah satu sebab sukan ini mudah
diterima umum ialah ia mudah dimainkan dan tidak memerlukan kawasan yang luas
seperti bola sepak dan hoki. Bilangan pemain tidak ramai. Hari ini bola jaring telah diiktiraf sebagai salah satu sukan
antarabangsa dengan sebilangan besar negara dunia mengambil bahagian dalam pertandingan
– pertandingan antarabangsa.
Di negara kita bola jaring diminati
oleh semua golongan wanita. Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari
semasa ke semasa. Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan
kejohanan bola jaring yang dianggap paling menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Kejohanan ini dijalankan dari peringkat daerah, negeri hinggalah ke peringkat
kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga turut menganjurkan kejohanannya
sendiri, dan turut mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.
PERATURAN
Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF
Sistem Pemarkahan
Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia
Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin:-
Sistem Pemarkahan
- Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.
- Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
- Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain.
- Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
- Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
- Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.
Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia
Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin:-
- Perseorangan lelaki
- Perseorangan wanita
- Beregu lelaki
- Beregu wanita
- Beregu campuran
- Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai
- Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun
- Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai
- Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang
- Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia
- Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia
Info mengenai BADMINTON
BADMINTON
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan.
SEJARAH DAN PEMBANGUNAN
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.
Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.
PERTUBUHAN KERAJAAN
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ialah sebuah pertubuhan kerajaan bagi sukan badminton yang diperakui di peringkat antarabangsa. Ibu pejabat BWF kini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.Lima kawasan konfederasi yang dikelola dengan BWF:
- Asia: Konfederasi Badminton Asia (BAC)
- Afrika: Konfederasi Badminton Afrika (BCA)
- Amerika: Badminton Seluruh Amerika (Amerika Utara dan Amerika Selatan berada dalam konfederasi yang sama; BPA)
- Eropah: Badminton Eropah (BE)
- Oceania: Badminton Oceania (BO)
REKOD
Pukulan yang paling bertenaga dalam sukan badminton ialah pukulan smash, yang mana ia merejam bulu tangkis dengan tajam ke arah gelanggang pihak lawan. Kelajuan maksimum bagi pukulan smash ke atas bulu tangkis berbeza berbanding sukan raket yang lain. Rekod kelajuan pukulan diukur ke atas kelajuan awal bagi bulu tangkis serta-merta selepas ia dipukul oleh raket pemain.Pemain beregu lelaki Fu Haifeng dari China mencipta rekod dunia yang rasmi bagi pukulan smash iaitu 332 km/h (206 mph) pada 3 Jun 2005 ketika Piala Sudirman berlangsung. Pukulan smash paling pantas yang pernah direkodkan dalam acara perseorangan ialah 305 km/h (189 mph) oleh Taufik Hidayat dari Indonesia.
Monday, 9 April 2012
photoshop skill
sekadar aplikasi apa yang tahu...tp mmg klu untuk org yg xminat mmg
buang ms..tp for me..it good to improve our visual skill....up to
everybody...
Sunday, 8 April 2012
1. Cara Memegang Raket (Grip)
Badminton dikenal
sebagai olahraga yang banyak menggunakan pergelangan tangan. Oleh sebab itu, betul atau tidak cara memegang raket akan sangat menentukan kualiti
pukulan seseorang. Menguasai cara
dan teknik pegangan raket yang betul, merupakan aset penting untuk
dapat bermain badminton dengan baik. Oleh kerana itu, apabila
teknik pegangan raket salah dari awal, sukar untuk meningkatkan
kualiti permainan. Pegangan raket yang betul adalah asas untuk
meningkatkan semua jenis pukulan dalam permainan
badminton
Cara pegangan raket yang betul adalah
raket harus dipegang dengan menggunakan jari-jari tangan (ruas jari
tangan) dengan rileks, namun harus tetap kuat pada saat
memukul bulu tangkis. Elakkan dari memegang raket dengan cara menggunakan telapak
tangan.
Jenis Pegangan Raket
Pada awalnya, ada beberapa cara
pegangan raket. Namun, hanya dua bentuk pegangan yang selalu digunakan
dalam praktis, iaitu cara memegang raket forehand dan backhand. Semua
jenis pukulan dalam baminton dilakukan dengan kedua-dua jenis pegangan
ini. Dua jenis cara memegang raket di atas digunakan
secara bergilir sesuai situasi dan keadaan permainan. Untuk tahap awal
para pemain biasanya diajarkan cara memegang forehand terlebih dahulu,
kemudian baru backhand. Pada akhirnya untuk pemain yang sudah mahir
akan menunjukkan pegangan raketnya hanya satu grip. Ini terjadi kerana
pergeseran pegangan tangan dari forehand ke backhand dan sebaliknya
hanya sedikit dan terjadi secara automatik.
Pegangan raket yang betul, dan
memanfaatkan tenaga pergelangan tangan pada saat memukul bulu tangkis, dapat
meningkatkan mutu pukulan dan mempercepatkan kelajuan bulu tangkis. ini bermakna, tenaga telah digunakan secara lebih efisien namun efektif.
ltulah sebabnya, dari awal, peserta latih harus membiasakan memukul bulu tangkis
dengan menggunakan tenaga pergelangan tangan (tenaga pecut).
Cara Memegang Raket Forehand
1.
Pegang raket dengan tangan kanan dan permukaan raket di sebelah tepi. Pegang raket
dengan cara seperti “jabat tangan”. Bentuk “V” tangan diletakkan pada
bahagian pegangan raket.2. Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk terpisah. 3. Letakkan ibu jari diantara tiga jari dan telunjuk.
Cara Memegang Raket Backhand
Untuk
backhand grip, bentuk “V” tangan ke arah dalam. Letaknya di bahagian
dalam.
Cara Latihan
Sebelum praktis, lakukan latihan pukulan untuk adaptasi pergerakan pergelangan tangan dengan tepat dan memegang raket dengan
betul.1. Peserta biasa di latih selalu dengan memegang raket dengan jari-jari tangan, dan tenang, tetapi tetap mempunyai tenaga. 2. Lakukan pergerakan raket ke arah kanan dan kiri, dengan menggunakan tenaga pergelangan tangan. Begitu juga gerakan ke depan dan ke belakang. 3. Gerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah. 4. Memukul bulu tangkis ke dinding.
Kesalahan Yang Terjadi
a. Memegang raket dengan menggenggam.b. Posisi “V” tangan berada pada bahagian grip raket yang lebar. |
Subscribe to:
Posts (Atom)