Monday, 31 August 2020

meluah rasa

 entahlah...


kadang2 aku segan

untuk bersendirian

kerana aku akan berangan

dengan pelbagai kemungkinan

aku malu untuk meluah

rasa yang melimpah

sarat dengan lelah

menahan rindu resah

... ...

aku rindu mereka ya Tuhan

sangat rindu

sarat sehingga melarat

kdg2 rasa seperti tak tahu nak ungkap

rindu yang tidak terlerai ini

mudahkan aku

untuk leraikan mimpi ini

semoga sakit ini diubati

sakit rindu tiada penghujung ini

sampai selalu marah sendiri

kerana tidak dapat mengawal hati

memegang rindu kesuma dewi

aku terlalu rindu

apa daya ku

hanya menung memandang lampu

mengharapkan hari ini berlalu

berlalu sepi membawa rindu

agar hati tidakk membeku

membelenggi rasa rindu

sungguhhhh...syahdu ..


oh Tuhan..ku cinta dia..

ku sayang dia

rindu dia .. 

bila nafsu amarah mengawal diri

mula sudah berfikir negatif itu ini

rasa insecure sendiri

tidak bagus berburuk hati

tapi aku manusia

yang kadang2 terleka

terbawa hasutan syaitan durjana

meracub fikiran semasa

untuk merosakkan iman sedepa

rindu

rindu

rindu

rindu

Monday, 20 July 2020

NUKILAN RASA..TINTA BERBICARA

ya..malam ni aku terasa sepi..
sunyi..sendiri.. 
aku benci rasa ini
rasa yang menjengah secara sipi
kadang tak sedar 
kadang terbuai
ya.. rindu..
takkan terlerai oleh mimpi
takkan terungkai oleh kata
takkan tercapai oleh minda
jauh..jauh..jauh..
biar jasad membelah jiwa
rindu tetap bersarang di jiwa

siapa mereka?
istimewa mereka untuk aku damba
siapa mereka?
untuk aku cinta sedalam ini
siapa mereka?
untuk aku tenggelam dalam kata

mereka...
10 bulan bermadu cinta
terpisah kerana pinta dunia
namun mereka sungguh istimewa
istimewa yang hanya jiwa bicara..

Tuhan, jagakan mereka
supaya terbela
terselamat dari marabahaya
tidak cela oleh tipu daya dunia
mereka, 
aku sangat cinta
semoga kasih dan cinta
masih tersisa bersama
dunia akhirat kekal selamanya

mereka.. 
adik2 tiri 3A/2019
istimewa mereka...
hanya aku yang rasa
ya..dunia akhirat mereka aku sayang
beratus kali aku pernah kehilangan
berharap ini akan kekal
dengan izinNya