Badminton dikenal
sebagai olahraga yang banyak menggunakan pergelangan tangan. Oleh sebab itu, betul atau tidak cara memegang raket akan sangat menentukan kualiti
pukulan seseorang. Menguasai cara
dan teknik pegangan raket yang betul, merupakan aset penting untuk
dapat bermain badminton dengan baik. Oleh kerana itu, apabila
teknik pegangan raket salah dari awal, sukar untuk meningkatkan
kualiti permainan. Pegangan raket yang betul adalah asas untuk
meningkatkan semua jenis pukulan dalam permainan
badminton
Cara pegangan raket yang betul adalah
raket harus dipegang dengan menggunakan jari-jari tangan (ruas jari
tangan) dengan rileks, namun harus tetap kuat pada saat
memukul bulu tangkis. Elakkan dari memegang raket dengan cara menggunakan telapak
tangan.
Jenis Pegangan Raket
Pada awalnya, ada beberapa cara
pegangan raket. Namun, hanya dua bentuk pegangan yang selalu digunakan
dalam praktis, iaitu cara memegang raket forehand dan backhand. Semua
jenis pukulan dalam baminton dilakukan dengan kedua-dua jenis pegangan
ini. Dua jenis cara memegang raket di atas digunakan
secara bergilir sesuai situasi dan keadaan permainan. Untuk tahap awal
para pemain biasanya diajarkan cara memegang forehand terlebih dahulu,
kemudian baru backhand. Pada akhirnya untuk pemain yang sudah mahir
akan menunjukkan pegangan raketnya hanya satu grip. Ini terjadi kerana
pergeseran pegangan tangan dari forehand ke backhand dan sebaliknya
hanya sedikit dan terjadi secara automatik.
Pegangan raket yang betul, dan
memanfaatkan tenaga pergelangan tangan pada saat memukul bulu tangkis, dapat
meningkatkan mutu pukulan dan mempercepatkan kelajuan bulu tangkis. ini bermakna, tenaga telah digunakan secara lebih efisien namun efektif.
ltulah sebabnya, dari awal, peserta latih harus membiasakan memukul bulu tangkis
dengan menggunakan tenaga pergelangan tangan (tenaga pecut).
Cara Memegang Raket Forehand
1.
Pegang raket dengan tangan kanan dan permukaan raket di sebelah tepi. Pegang raket
dengan cara seperti “jabat tangan”. Bentuk “V” tangan diletakkan pada
bahagian pegangan raket.2. Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk terpisah. 3. Letakkan ibu jari diantara tiga jari dan telunjuk.
Cara Memegang Raket Backhand
Untuk
backhand grip, bentuk “V” tangan ke arah dalam. Letaknya di bahagian
dalam.
Cara Latihan
Sebelum praktis, lakukan latihan pukulan untuk adaptasi pergerakan pergelangan tangan dengan tepat dan memegang raket dengan
betul.1. Peserta biasa di latih selalu dengan memegang raket dengan jari-jari tangan, dan tenang, tetapi tetap mempunyai tenaga. 2. Lakukan pergerakan raket ke arah kanan dan kiri, dengan menggunakan tenaga pergelangan tangan. Begitu juga gerakan ke depan dan ke belakang. 3. Gerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah. 4. Memukul bulu tangkis ke dinding.
Kesalahan Yang Terjadi
a. Memegang raket dengan menggenggam.b. Posisi “V” tangan berada pada bahagian grip raket yang lebar. |
this page just a trial from me as a new learner..any suggestion or improvement are needed...tq
Sunday, 8 April 2012
1. Cara Memegang Raket (Grip)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment