KISAH AINUL MARDHIAH
Ainul
Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi
memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk
berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan
Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari
yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu
seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu
bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak
bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun
dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan
keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi...
tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada
di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang
berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu
ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu
dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau
mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan
begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk...
saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.
Lalu
dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati
ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang
pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul
mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di
dalam mahligai ini...
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,.....
lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di
dunia.... lalu wanita itu berkata...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu
mendekatinya
wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid
lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia
menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia
memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu
pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya
telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang
tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak
berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka
(tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid
tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab
benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya
nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
waallahua'alam..
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
No comments:
Post a Comment